PERATURAN DAN SYARAT MEMOHON

FAEDAH KEBAJIKAN AHLI KESATUAN AUEGCAS


1.         Faedah Biasiswa

             Kelayakan Permohonan 

 

Nota: Semua pemohon hendaklah dipastikan tidak melepasi Tingkatan Lima.

Proses Pembayaran

Bayaran adalah dibuat dua kali setahun.

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di IbuPejabat  AUEGCAS atau di Cawangan-Cawangan berkenaan atau yang boleh diperolehi menerusi laman web dan hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat tidak lewat daripada 30 April pada tahun semasa.

Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.  Walaubagaimanapun permohonan boleh dikemukakan semula pada tahun berikutnya. 

Kembali

2.         Faedah Persaraan

 2.1       Kelayakan Permohonan Faedah Persaraan Wajib

a. Ahli yang layak memohon ialah ahli Kesatuan AUEGCAS yang telah menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut

b. Ahli yang bersara wajib umur 56 tahun layak memohon faedah persaraan.

c. Bayaran minimum ialah RM180.00 dan maksima sebanyak RM500 atau pun mengikut tempoh lama keahlian.

d. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh didapati di Ibu Pejabat AUEGCAS atau di Cawangan-Cawangan yang berkenaan ataupun menerusi laman web dan hendaklah disertakan dengan sesalinan borang Kelulusan Pencen iaitu Borang Pen. 15

 

2.2       Kelayakan Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri

            Kembali

3.         Bantuan Kematian 

               Ahli yang telah disahkan keahliannya,  layak  diberi bantuan kematian sebanyak RM500  kepada pewaris yang terdekat (suami/isteri/anak/ibu/bapa). Waris tersebut boleh memohon bantuan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di Ibu Pejabat AUEGCAS atau di Cawangan-Cawangan yang berkenaan ataupun laman web dan hendaklah menyertakan bersama sesalinan sijil kematian yang disahkan.

            Kembali