|
MATLAMAT AUEGCAS
VISI
Memimpin
kesatuan sekerja sektor awam dalam perjuangan untuk ahli-ahli dan
memastikan keadaan pekerjaan yang munasabah bagi setiap ahli.
Bertindak
bagi mewujudkan pergerakan kesatuan sekerja yang kukuh dan bebas di mana
semua pekerja menikmati perlindungan menyeluruh, maruah, keselamatan
pekerjaan, taraf hidup yang lebih baik, keadaan tempat kerja yang selamat,
perubatan lebih baik dan faedah-faedah persaraan lebih baik.
-
OBJEKTIF
PERJUANGAN
Mengorganisasikan pekerja dalam perkhidmatan Perkeranian dan Pentadbiran
Kerajaan.
Meningkatkan taraf hidup ahli.
Melindungi ahli-ahli daripada dieksploitasikan, ditindas, dianayai oleh
majikan.
Mewujudkan perpaduan di antara pekerja dan pengurusan.
Bertanggungjawab menyediakan forum perjumpaan bagi membincang isu-isu
ahli untuk mengambil tindakan secara kolektif.
Mengamalkan konsep perpaduan dan penyatuan semua pekerja dan membina
kekuatan kesatuan sekerja dalam negara.
Bertanggungjawab melatih, mendidik ahli-ahli untuk meningkatkan
kesedaran dan penglibatan ahli dalam kesatuan sekerja
melalui program pendidikan.
Menjalankan aktiviti kebajikan dan sosial untuk merapatkan silatulrahim
di antara ahli-ahli.
-
FAEDAH
KEAHLIAN
Menuntut tangga gaji dan terma-terma perkhidmatan yang berpatutan dan
adil bagi ahli-ahli.
Mempastikan keselamatan pekerjaan, waktu kerja yang berpatutan dan
kondisi kerja yang baik.
Memberi nasihat dan bantuan kepada ahli yang menghadapi masalah dan
rungutan berhubung dengan diskriminasi dan penganiayaan di tempat kerja.
Memberi nasihat dan kaunseling
Melindungi hak-hak dan kemudahan-kemudahan ahli.
Bantuan biasiswa kepada anak ahli.
Menyediakan Faedah Persaraan.
Khairat Kematian - sumbangan kewangan kepada pewaris ahli.
FAEDAH UNTUK PEKERJA
AUEGCAS juga memainkan peranan aktif dari segi memberi sokongan dalam
menentukan hak bagi setiap pekerja menikmati peluang pekerjaan,
keselamatan sosial yang terjamin, dan taraf hidup lebih baik, serta
berganding bahu dalam pembangunan amalan demokrasi berkesatuan yang bebas
dan mantap dalam negara dan luar negara.
Hakcipta @ AUEGCAS Terpelihara. |