Laman Utama

Sepintas

Matlamat

Sejarah

Organisasi
Perjuangan Tuntutan Pembangunan

Media

Pautan


MEDIA 

 

BERITA KHAS AUEGCAS 

  • Mesyuarat Tergempar Majlis Tinggi AUEGCAS

Mesyuarat tergempar telah diadakan pada 25 Februari 2001. Majlis telah membincangkan pelaksanaan skim baru yang memecahkan Skim Pembantu Tadbir. Pada tahun 1999, kerajaan telah mewujudkan bayaran insentif tugas kewangan sebanyak RM40 kepada Pembantu Tadbir yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa.

Secara tiba-tiba kerajaan telah mengedarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2001 bertujuan mewujudkan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W8/W7 bagi mereka yang menjalankan tugas-tugas kewangan sepenuh masa yang telah dibayar elaun insentif tugas kewangan sebanyak RM40.

Tawaran opsyen dibuat mengikut keselesaan Jabatan atau Kementerian masing-masing dengan ugutan sekiranya opsyen tidak dibuat Pembantu Tadbir tersebut akan ditukarkan ke tempat lain.

Dalam pelaksanaan skim tersebut Jabatan Perkhidmatan Awam tidak pernah berbincang dengan kesatuan untuk mendapatkan maklum balas daripada kesatuan mengenai perkara ini.

AUEGCAS telah menyerahkan memorandum Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk menangguh dan mengkaji semula skim tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah bersetuju dan satu perjumpaan telah diadakan pada 11 April 2001 untuk membincangkan pelaksanaan pekeliling berkenaan.

Pihak kerajaan sanggup membuat kajian lanjut tetapi pelaksanaan masih diteruskan. Ini adalah satu cabaran bagi AUEGCAS. Langkah-langkah baru sedang diteliti. Pada masa ini, kesatuan meminta semua ahli bersatu padu dalam perjuangan ini.
 

  • Cadangan Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia 

Kerajaan telah melaksanakan Sistem Saraan Malaysia pada 1 November 2002 mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dengan tujuan memperakukan penambahbaikan menyeluruh kepada Sistem Saraan Baru (SSB) dengan memberi tumpuan ke atas empat aspek khusus: 

(i) Pengenalan Penilaian Tahap Kecekapan

(ii) Penambahbaikan Peluang Kerjaya

(iii) Pengubahsuaian Struktur Gaji, Elaun dan Kemudahan, dan

(iv) Penambahbaikan Syarat-Syarat Perkhidmatan 

Tujuan kajian ini adalah, sebagaimana telah dinyatakan, untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam dengan mengambil maklum perubahan persekitaran yang dinamik, hala tuju semasa perkhidmatan awam dan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam pelaksanaan Sistem Saraan Baru. 

Setelah membuat kajian selanjutnya, AUEGCAS berpendapat bahawa penambahbaikan tersebut tidak mengatasi beberapa isu Kumpulan Pentadbiran dan Sokongan. Di antara perkara tersebut ialah diskriminasi dalam peningkatan gaji, peningkatan imbuhan tetap khidmat awam, elaun menandatangani opsyen kenaikan pangkat time based dan hal-hal perkhidmatan. Kumpulan Pentadbiran dan Sokongan merasa telah dianaktirikan dan seolah-olah peranan Kumpulan Sokongan tidak penting dalam jentera pentadbiran kerajaan.

Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dengan beberapa aspek dan untuk mengatasinya, AUEGCAS mengemukakan tuntutan untuk kajian dan tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Hakcipta @ AUEGCAS Terpelihara.