Laman Utama

Sepintas

Matlamat

Sejarah

Organisasi
Perjuangan Tuntutan

Pembangunan

Media

Pautan


PERJUANGAN TUNTUTAN AUEGCAS
(DARI 1963 HINGGA KINI)

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1963, AUEGCAS telah memperjuangkan beberapa isu dalam perkhidmatan perkeranian dan pentadbiran. Di antara isu-isu tersebut ialah:

  1. Pada tahun 1964, AUEGCAS membuat tuntutan perubahan gaji untuk perkhidmatan kerani dan gred-gred bersekutu dan telah mengadakan beberapa tindakan dan tuntutan tersebut telah berjaya.

  2. Piket pertama telah diadakan di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur untuk mendapatkan tuntutan elaun rumah dan tuntutan tersebut telah berjaya diperolehi.

  3. Perjuangan menentang penamatan perkhidmatan Kerani Sementara, Operator Mesin, Jurutaip seramai 5,000 pada tahun 1965 hingga 1972 dengan reprensentasi, rapat umum, piket telah berhasil. Semuanya telah diserapkan ke jawatan tetap.

  4. Telah menuntut penghapusan Sistem Gred yang diperkenalkan oleh Laporan Gaji Suffian dan berjaya digantikan dengan Tangga Gaji Biasa.

  5. Berjaya mendapatkan pelarasan gaji bagi Kerani Kanan pada tahun 1975 dan kemudian digabungkan dengan gred yang lebih tinggi pada tahun 1989. 

  6. Pada tahun 1975 hingga 1980 telah memperjuangkan perubahan gaji bagi perkhidmatan Operator Telefon dan Jurutaip.

  7. Tuntutan penyerapan Kerani Rendah yang telah dilantik sebelum tahun 1976  dinaikkan taraf kepada jawatan Pegawai Kerani telah dicapai pada tahun 1985.  

  8. Perjuangan  pada tahun 1976 menuntut pariti gaji kerani dengan gred-gred lain di sektor awam juga telah berjaya.

  9. Antara tahun 1975 hingga 1989, AUEGCAS membuat tuntutan, berunding dan juga membangkitkan 22 isu di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam. Berjaya diselesaikan hampir kesemuanya tuntutan yang dikemukakan.
     

Isu yang dibangkitkan termasuklah isu perkhidmatan Kerani Penyambut, Operator Telefon, Status Tetap bagi mereka yang gagal peperiksaan percubaan, Penyerapan Kerani Rendah yang gagal masuk ke jawatan Kerani secara pelantikan dan beberapa kes kumpulan dan individu yang berkenaan.

  1. Pada tahun 1975, tindakan berpiket menuntut pelarasan gaji bagi jawatan Kerani Kanan, Mesin Operator dan Jurutaip. 

  2. Pada tahun 1989, tindakan piket menuntut semua perkhidmatan Kerani Rendah yang telah dilantik di sektor awam diserapkan ke jawatan Pegawai Kerani.

  3. Piket Operator Mesin dan Pencari Fail menuntut jawatan yang sesuai di bawah urusan penyusunan semula Kumpulan D.

  4. Menyokong CUEPACS dan MTUC dalam isu untuk mengekalkan pencen dan peningkatan kadar caruman KWSP bagi swasta dan undang-undang buruh yang munasabah bagi pekerja.

  5. Menyokong tuntutan supaya Hak Perundingan juga diwujudkan bagi sektor awam.

  6. Menentang dasar penswastaan dan membuat representasi dalam sektor awam supaya kakitangan perkhidmatan kerajaan tidak dianiayai seperti perkhidmatan sektor penerbangan, Operator Prosesan Data dalam Telekom dan Jabatan Pengangkutan, Jabatan Hasil Dalam Negeri, dan pindaan dari sektor perkhidmatan awam kepada Badan Berkanun seperti SOCSO dan Jabatan Air.

  7. Menyokong CUEPACS dalam tuntutan Pelarasan Gaji pada tahun 1985,  1990, dan 1995.

  8. Menuntut Sistem Penilaian Prestasi di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) tidak diguna pakai untuk menentukan pergerakan gaji tahunan kakitangan sektor awam mulai tahun 1993.

  9. Masih dalam pertikaian tuntutan supaya Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) yang membuat kerja-kerja kewangan tidak ditukarkan ke skim Pembantu Tadbir Kewangan (PT KEW) dan bayaran elaun juga hendaklah dipanjangkan kepada semua kakitangan sokongan yang lain pada tahun 2001.

  10. Masih dalam pertikaian tuntutan dalam penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya mendapat pelarasan dan peningkatan gaji yang berpatutan tanpa diskriminasi dalam kumpulan sokongan pada tahun 2003.

Hakcipta @ AUEGCAS Terpelihara.